CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 15, 2009

Kem ASPIRASI unggul di UTM

Kem pro-Aspirasi unggul di UTM

JOHOR BAHRU - Kem pro-Aspirasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus utuh apabila memenangi 35 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya kampus sesi 2008/2009 setelah keputusannya diumumkan semalam.
Barisan pro-Mahasiswa memenangi 11 kerusi di peringkat umum iaitu masing-masing lapan di kampus Skudai dan tiga di kampus Antarabangsa Kuala Lumpur.
Barisan promahasiswa pula memperoleh empat kerusi iaitu masing-masing dua di kampus Skudai dan Kuala Lumpur.
Di peringkat fakulti, pro-aspirasi terus unggul dengan memenangi 29 kerusi berbanding barisan pro-Mahasiswa cuma enam kerusi.
Pengumuman keputusan itu dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UTM, Prof. Datuk Dr. Alias Mohd. Noor. Turut hadir, Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang.
Zaini dalam sidang medianya memberitahu bahawa pilihan raya kali ini merekodkan bilangan pelajar paling ramai keluar membuang undi iaitu 90.7 peratus atau 16,392 orang.
Menurut beliau, pilihan raya kali ini turut mencipta sejarah apabila tiada sebarang insiden termasuk kejadian mengoyak poster berlaku
berita kosmo

1 comments:

BaBbliNg BaR0nNESs said...

salam..
Pjuangan yg bnar akan disulami dgn plbagai kpyahan..
Islam tidak tertegak dlm masa 1 hari
juga mlalui pghinaan dn torture hebat..
moga2 jika pjuangan ASPIRASI benar,
bawalah ISLAM
buatlah prog2 yg mgingatkan pghuni mgnai ALLAH..
itulah pjuangan yg sbnar..
itulah yg dprjuangkan PRO M

-minta maaf saudari seislamku,
mga anda mdapat Hidayah driNya-