CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 29, 2008

caj PTPTN tidak langgar syarak

PUTRAJAYA 28 Julai – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas peminjamnya tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.
Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.
Menurut beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah empat peratus pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada tiga peratus.
‘‘Setelah diberi penerangan mengenai upah operasi termasuk beberapa caj lain, kita bersetuju ia tidak menyalahi syarak dan tiada halangan dari sudut syariah agar ia tidak membebankan peminjam dan pemberi pinjam (PTPTN).
‘‘Jika melihat kepada prinsip, mungkin ia dapat dikurangkan sekitar satu peratus atau satu peratus setengah daripada kadar sedia ada setelah dibuat perkiraan semula termasuk mengambil kira caj upah dan operasi,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk peminjam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PTPTN kerana mengenakan caj tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas pelajar menamatkan pengajian.
Berikutan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus itu bagi mengelak wujudnya unsur riba seperti didakwa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Setakat ini terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion.
Bagaimanapun, sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.
Abdul Shukor berkata, perubahan caj perkhidmatan baru yang dikenakan nanti akan ditentukan oleh PTPTN melalui Kementerian Pengajian Tinggi setelah dibuat perkiraan semula.

Monday, July 28, 2008

‘ IQRA- Garden of Wisdom’

‘ IQRA- Garden of Wisdom’ by Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM in Majlis Ilmu Negara Zikir
www.negarazikir


THE PRIME Ministers Office of Brunei organised a Majlis Ilmu (Convention for knowledge) as part of the activities to enliven the 62nd birthday celebrations of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

The Convention for knowledge held from July 26 to August 6, 2008 at the International Convention Centre (ICC), Berakas, Brunei Darussalam.

The theme for this year's convention for knowledge is Menghayati Negara Zikir.

Negara zikir means a nation whose race and society always remember Allah SWT in their actions and thoughts. The mission is to be the ultimate race moving towards excellence and prohibit from engaging in wrongdoings. The nation whose race and society possessed those qualities is a country that is peaceful and prosperous, that is always in Allah's blessing and forgiveness.The objective of the convention is for it to become an academic landmark for the monarch's birthday celebration and as a means to uphold His Majesty's leadership in developing a knowledgeable nation with Allah's acceptance and blessings.

The convention is divided into three types of events; seminars, motivational talks and exhibitions.

Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia participated in the exhibition entitled 'IQRA- Garden of Wisdom’ from July 26 until August 6, 2008 at the International Convention Centre in Berakas, Brunei Darussalam.

AUKU...

Lihat pindaan AUKU dalam skop lebih luas
PASIR GUDANG 27 Julai - Semua pihak perlu melihat pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dalam skop yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada Seksyen 15 dalam akta itu sahaja.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, AUKU adalah akta yang memberi peruntukan kepada banyak perkara meliputi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti dan kolej serta aspek lain.
"Bagaimanapun, orang lebih berminat terhadap Seksyen 15 AUKU yang memberi kelonggaran kepada pelajar untuk meneliti dan menilai sesuatu perkara agar mereka dapat membuat keputusan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Fiesta Futsal Merdeka 2008 Pasir Gudang di sini hari ini.
Seksyen 15 AUKU melarang pelajar menyertai persatuan, pertubuhan dan sebagainya kecuali diperuntukkan dalam perlembagaan atau diluluskan oleh Naib Canselor universiti terbabit.
Beliau mengulas mengenai pindaan AUKU yang memberi lebih kebebasan pelajar dan kuasa autonomi kepada universiti, selepas dibentang di Dewan Rakyat minggu lalu.
Selepas pindaan diluluskan, kesalahan di bawah akta itu bukan lagi perbuatan jenayah malah pelajar juga diberi kelonggaran menganjurkan debat melibatkan pihak luar dari universiti.
Mohamed Khaled berkata, pindaan terhadap seksyen terpaksa dibuat kerana pada waktu ini pelajar sentiasa akan terdedah kepada banyak sumber maklumat semasa menuntut ilmu.
"Kalau kita tidak buat begitu (pinda) pun, mereka memperolehinya daripada Internet, sebab itu kita melakukannya (luluskan pindaan) supaya ia dapat memelihara keadaan.
"Ini penting supaya kita boleh tahu apa tajuk yang diperkatakan dan sejauh mana mereka memahaminya kerana pokoknya, pelajar akan dapat menjana pemikiran mereka dengan lebih meluas," katanya.

Thursday, July 24, 2008

LESTARI KER?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
apa yang kita faham dgn maksud lestari yang ditekankan oleh USM? sebagai mahasiswa mahasiswi USM yang disayangi ini, seharusnya kita memahami tuntutan USM agar para pelajar mangamalkan konsep lestari dalam kehidupan.

Pengertian pembangunan lestari atau mampan yang telah diterima pakai merangkumi aspek persekitaran (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity). Penekanan pembangunan lestari adalah kepada penggunaan sumber yang ada dengan bijak khususnya dalam konteks perancangan, komitmen dan penglibatan pihak pengurusan serta pihak lain yang berkaitan atau berkepentingan. Konsep kelestarian ini mengingatkan bahawa pelbagai elemen untuk pembangunan sama ada bandar, ekonomi, budaya dan sebagainya yang menjamin kesejahteraan semasa harus berterusan tanpa mengabaikan kesejahteraan generasi masa depan walaupun tuntutan dan kerenah pembangunan menjadi semakin dinamik dan luwes.
kamus dewan edisi ke-3 mendefinisikan lestari sebagai sesuatu yang tidak berubah-ubah, kekal, tetap(mampan). sebagai mahasiswa USM, seharusnya kita bangga kerana USM antara kampus yang terawal mengaplikasikan konsep lestari di dalam kampus. sebagai contoh, tidak membenarkan penggunaan polisterina(polistrin) dan plastik. sebagai pelajar USM, seharusnya kita faham berkenaan dengan 'effect' penggunaan plastik terhadap alam sekitar. malah, dari sekolah rendah lagi kita telah pun didedahkan dengan fakta ini, plastik memakan masa beribu tahun untuk lupus...
sebagai pelajar USM, kita haruslah menyokong dan menyahut seruan pihak USM dalam mengaplikasikan konsep lestari menjadi satu realiti. malah konsep lestari ini boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita sebagai khalifah Allah yang juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar. jadilah mahasiswa lestari yang bakal dilahirkan oleh USM..
bersatu, seiring, selamanya....
USM dihatiku:)
ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu... InsyaAllah

bertudung, barbaju kurung & bertindik

salam. salam aspirasi utk mahasiswa bersatu.. erm.... macam2 sekarang.... perubahan zaman.... byk yanng berubah jugak kan... hari ini.. aku sgt terkezut dengan satu fesyen.. bertudung tapi bertindik means memakai subang di bahagian mata? kalau korang yg tgk, korang buat apa? aku xtau nak ckp pe(terkedu) bila tgk... bukan setakat bertudung tetapi hamba Allah ini memakai baju kurung.. maaf sgt.. bukan tujuan utk mengutuk hamba Allah ini, tapi just ingin berkongsi pandangan. aku ada gak tanya hamba Allah ini, apa perasaan dia bila bertindik di bahagian mata cz pada kebiasaanya wanita hanya bertindik di telinga shj.. aku minta sgt dijauhi oleh gejala yg sedemikian berlaku ke atas diriku.... sahabat dan teman terutamanya di USM... amnya di Malaysia... xelok sgt kalau dipandangan mata... tapi mungkin pendapat anda semua berbeza... mari berkongsi sama..

Wednesday, July 23, 2008

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = ' Orang tua ' Murid 2 = ' Guru ' Murid 3 = ' Teman ' Murid 4 = ' Kaum kerabat ' Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?' Murid 1 = ' Negeri Cina ' Murid 2 = ' Bulan ' Murid 3 = ' Matahari ' Murid 4 = ' Bintang-bintang ' Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'. Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?' Murid 1 = ' Gunung ' Murid 2 = ' Matahari ' Murid 3 = ' Bumi ' Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.' IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? ' Murid 1 = ' Baja ' Murid 2 = ' Besi ' Murid 3 = ' Gajah ' Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?' Murid 1 = ' Kapas' Murid 2 = ' Angin ' Murid 3 = ' Debu ' Murid 4 = ' Daun-daun' Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ' Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ' Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang ' Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ' 'sampaikanlah walau satu ayat'..

NEGARAKU TERBILANG

Tatkala aku menggagahi diri membelah kota raya
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada
Jauh sudah rupanya negaraku mengembara

Fikiran teringat zaman remajaku
Zaman tiada gerbanng, tiada symbol pencakar langit
Yang ada hanya siul burung-burung di bendang
Tapi di sana kaya kemanusiaan
Kaya keampunan dan kasih saying
Kaya tangan menghulur bantuan
Di tangan ribuan wira didendang

Di luar sempadan ada cabaran
Dunia semakin deras bergelora
Tidak terperangkap kita dengan kata-kata
Yang cepat mendapat habuan luar biasa yang lambat mendapat sisa-sisa

Kita memilih sederhana daripada mutlak
Pelbagai daripada yang menyendiri
Percaya dengan mencurigai
Bersama daripada menguasai
Ke hadapan dengan acuan tidak berkurang
Yang dijaga tidak susut

Di sini dibumi ini
Kita serikan pencakar langit dengan kesyukuran
Wajah kemanusiaan
Kita anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan
Mesej Muhamad Iqbal
Kita bajai kembang kemboja keamanan di atas
Kubur rakus perang
Kita tiipkan serunai cinta merentas
Sempadan
Kita pacak panji-panji di puncak kemegahan
Negara
Yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

banyak kerja settle hari nie... puas hati...

alhamdulillah.... syukur sangat arini berjayanya aku men'settle'kan beberapa perkara yang tidak dapat dilunaskan pada hari semalam... hahaha.... puas hati sangat.... w/pun kepenatan tapi kepuasan itu dapat menghilangkan segala penat dan lelah... tq tuk sume sahabat dan teman cz banyak tolong arini..

orang baru...

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
silap dan salah tegur-tegurkan...