CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 22, 2008

Bicara Siswa....

Assalamualaikum.... salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....
masysrakat kampus dijemput hadir ke rakaman bicara siswa pada mlm ini di dewan budaya jam 8.30mlm... datang jgn xdatang...

Monday, October 20, 2008

ketandusan isu terlampau....

Assalamualaikum.... salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....
ProM nampaknya sudah ketandusan isu dan idea yang bernas sekarang.... setelah menimbulkan isu ketua aspirasi.... kini giliran pegawai BHEPP pulak... aku terbahak2 ketawa pagi td.... kwn aku bgtau suh bkak tgk blog proM... sampai terguling2 kat lantai aku ketawa(hiperbola jerk....) membaca blog dieorg 2.... mmg ProM ketandusan terlampau isu sekarang..... sedih2...
ader ke ckp En Eruwan terlibat ngan rasuah, boleh beli vios skrg.... eja nama en eruwan pun salah... kehkhkehkeh... apa da.... pasal nak naik pangkat 2 aku pun xtau la pulak.... dia dapat cerita dari mana.... rasanyer kalau TNC baca pun mahu tergelak gak nie.... seorg pegawai yg jujur cam En Eruwan pun nak kata macam2.... erm... kawan oi.... beliau dah kerje 5 tahun kat USM sebagai penolong pendaftar, N41... masih belum berkeluarga.... mmg boleh sgt la beliau pakai vios... tunang kawan aku, baru je kerje beberapa bulan ngan government... dah boleh pakai vios... inikan org yg dah kerje 5 tahun.... abg aku pun baru kerje 2 tahun, boleh pakai vios gak... aduh... ceteknyer pemikiran proM.... gano nie nok maju demo wehhh????? kalau g2... pg la report kat BPR pasal tunang kwn aku... ngan abg2 aku sekali pun boleh.... lucu2.... hahahaahaha....( sori nik... bagi contoh tunang ko... tp cantik vios dia...) hehehehe....

Saturday, October 18, 2008

KECOH lagi.....

Assalamualaikum.... salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....
panas... bahang PRK semakin terasa.... terbaru, berita sekumpulan pelajar telah membuat kecoh di sebuah universiti di Lembah Kelang... aku sedih membaca berita tersebut(Utusan Malaysia)kerana pada pendapat aku, kumpulan pelajar ini telah mengganggu gugat ketenteraman di kampus sehingga melibatkan penglibatan pihak polis untuk meleraikan perhimpunan mereka yang khabarnya menuntut PRK dijlnkan lebih awal(menurut Utusan Malaysia).
aku bertabah sedih apabila mereka ini tanpa berfikir panjang, memberi gambaran yanng tidak baik kepada mahasiswa mahasiswi kampus yang lain bahawa mahasiswa kini mampu memeberi impak kepada tercetusnya kekalutan dan ketidak tenteraman dlm kampus. 'mereka' ini juga memberi gambaran awal kepada masyarakat kampus yang lain bahawa golongan mereka tidak boleh menjadi pemimpin yang baik dalam kampus apabila bertindak sedemikian... aku yakin dan percaya mahasiswa kini mampu menilai dengan jelas akan hal ini....
wah, aku sudah lewat untuk ke sesuatu tempat.... nnti aku sambung lagi... kehkehkeh...
p/s sekadar pendapat sahaja... yang mungkin boleh menjana kepada pendapat baru dlm pemikiran rakan2 sakalian...
ASPIRASI mekar di bumi Minden....
-NACA-

Friday, October 17, 2008

Print Slip Exam Arini!!!!

Assalamualaikum.... salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....

buat kawan2 di kampus Universiti Sains Malaysia.... jangan lupa mencetak slip exam arini, jumaat, 17hb 10 2008.... cetak tau.... slip exam adalah slip pengesahan subjek yang kita ambil untuk exam.... jgn lupa kwn2....

ASPIRASI mekar di bumi Minden...
-NACA-

Thursday, October 16, 2008

ASPIRASI mahasiswa bersatu....


"EVOLUSI MEMPERKASA PERJUANGAN"
ASPIRASI mahasiswa bersatu adalah semangat mahasiswa mahasiswi kampus yang sayang dan cintakan universiti... mendokong misi dan visi universiti... dalam mencapai matlamat yang diperjuangkan pihak universiti... ASPIRASI mahasiswa bersatu sentiasa berada di hadapan dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat kampus... melalui Majlis Perwakilan Pelajar... dan juga persatuan, kelab, anak negeri dan Majlis Penghuni Desasiswa2 dalam kampus...
bersama2 persatuan ASPIRASI universiti inilah, pelbagai kemudahan dan kebajikan pelajar yang tidak terbela sebelum ini diketengahkan iaitu 5 tahun yang lalu... 5 tahun tampuk kepimpinan ASPIRASI dalam semua persatuan di USM, pelbagai kemudahan diberikan oleh pihak universiti kepada pelajar sendiri. hal ini kerana perjuangan ASPIRASI amat menitik beratkan soal kebajikan masyarakat kampus. oleh yang sedemikian amatkan wajar, perjuangan ASPIRASI ini diteruskan oleh tampuk kepimpinan yang akan datang.
ASPIRASI mekar di bumi Minden...
-NACA-

Bersyukur tapi....

Assamualaikum.... salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....
adakah mahasiswa USM adalah insan2 yg bersyukur.... Alhamdulillah... ramai kawan dan sahabat yang tahu bersyukur di atas apa yang berlaku kepada diri mereka sendiri... Islam sendiri menyeru umatnya agar bersyukur dan sentiasa bersyukur di atas segala yang ada di dunia ini
tetapi realiti hari ini, ada juga di antara kita yang tidak bersyukur, malah melemparkan pandangan yang negatif terhadap pihak dan orang lain... saya secara peribadi bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada kawan kita yang terpaksa mengosongkan bilik HARAM mereka.... ahaks, dalam kata lain, HARAM di sini bermaksud tidak mendapat pengesahan yang sah oleh pihak tertentu untuk mendiami bilik tersebut. erm... takziah diucapkan buat kawan kita yerk... mungkin ini sebagai satu pengajaran buat kawan2 lain agar tidak tinggal di bilik2 secara tidak sah yer... itula... ader yang berterima kasih buat pihak usm yang tidak bertindak sedemikian, tapi, diri sendiri yang berckp perkara yang tidak tentang pihak yang diterima kasihkan tersebut.... hehehehe... yang paham, paham la... yang terasa... terasa la... ahaks...
salam ASPIRASI... ASPIRASI mekar di bumi Minden... -NACA

Wednesday, October 15, 2008

Minyak Turun lagi....

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.
Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.
Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.
Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.
Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.
“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.
Perdana Menteri berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga ketiga dilakukan sejak kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada pertengahan tahun ini.
Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan membuat pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu menyaksikan pengurangan harga sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55.
Bulan lalu, kerajaan menurunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RM2.45.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru- baru ini berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.

ProM... Pro Anwar... Pro Pembangkang...

Assalamualaikum.... salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu...
selamat hari rabu buat semua... dalam meniti kesibukan hari2 sebagai seorg mahasiswi kampus... aku masih berkesempatan lagi untuk memberikan pandangan... kali ini aku ingin sangat berckp berkenaan 3 perkara ini dalam senario politik kampus sekarang... sedih gak, ada lagi mahasiswa yg berckp salah tentang AUKU... sedangkan diri sendiri masih tidak tahu kepentingan AUKU buat mahasiswa... yg tahu... hanya mengikut telunjuk 'org belakang' melaung2kan untuk hapuskan AUKU... ish3....
ada pulak la kumpulan pelajar yang dalam blog 'ProM'... terang2 dlm blog mereka membuat pengumuman tentang hadirnya kumpulan mereka ke rumah terbuka DSAI... wah2... ProM ka Pro Anwar ka Pro pembangkang nih?? marilah kwn2... kita fikirkan bersama2... mereka melaungkan 'Pro Mahasiswa'.... tetapi dalam masa yg sama kumpulan mereka ini telah pergi ke rumah terbuka sebuah parti politik luar... ini bukan lagi Pro M ni... ni Pro Politik luar... disini juga sudah terang lagi bersuluh.... mereka diperalat... mahasiswa diperalat!!!!! kawan2.... mahasiswa diperalat???? diperalat untuk kepentingan politik luar....
jgnlah masyarakat kampus diperdaya oleh mereka ini.... hanya manis menabur janji sahaja... kata pro mahasiswa tetapi nampaknya ada udang di sebalik batu.... tetapi saya sedikit pun tidak gusar akan hal ini kerana masyarakat kampus hari ini bijak dalam menilai sesuatu... cuma nasihat saya, hentikan MENIPU masyarakat kampus kita dengan slogan ProM anda....
ASPIRASI mekar di bumi Minden....

Tuesday, October 14, 2008

ProM cakap xserupa bikin....

Assalamualaikum... salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu...
panas betul sekarang... hehehe... harini penamaan calon di beberapa IPTA... ProM mesti xsabar nak tunggu bila ketika n masa giliran USM pulak,,, hanya NC yang tahu... bukan BHEPP seperti yang diwar2kan oleh 'aktivis ProM'.... kehkehkeh... silap besar la xbaca AUKU...
ok... cerita pasal AUKU... makin panas.... ProM terang2 dalam blog mereka menegaskan
AUKU (Akta Untuk Kuatkan Umno); blog ProM
hebat betul... aku xpenah dgr pun AUKU 2 Akta Untuk Kuatkan UMNO.... lucu giler bila baca... tp dlm duk mengata AUKU 2 adalah Akta Untuk Kuatkan UMNO dan ada yang nak mansuhkan AUKU... diaorg duk pakai gak seksyen dalam AUKU... seksyen 52(4) dalam blog yang sama... mana la aku xkata diaorg ni ckp xserupa bikin???? btl x kwn2? o0o0o00o.... kalau bab 2 pandai pulak guna akta dlm AUKU??? xpaham aku apa yang mereka nie perjuangkan... perjuangkan mahasiswa??? politik luar yang dilibatkan... lupa pulak... patut la aktivis ProM sibuk nak mansuhkan 'Akta Untuk Kuatkan UMNO'(mereka yang kata, aku xkata yer...) nie erk??? nak hapuskan seksyen yang mana satu nie ProM??? cuba habaq ckit... mmg cakap berapi... info???? lu pikir la sendiri...

Monday, October 13, 2008

AUKU : Seksyen 16

dari kenyataan si polan tentang pilihanraya kampus dan MPP..

Memang saya persoalkan (hal ini). Sepatutnya BHEP sudah membubarkan MPP sebagaimana dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan USM kerana tempoh perjawatan kami (semua ahli MPP) sudah melewati satu tahun atau 2 semester akademik,” tegas si polan...

nampaknya adik kita ni xhabis lagi baca AUKU ya.... adik ni masih belum baca seksyen 16 dalam AUKU... agaknya sibuk sangat berpolitik sampai baca AUKU pun xbaca habis... sedih2... mari akk gtau ckit ye....

seksyen 16
Kuasa Naib Canselor Menggantung Atau Membubarkan Mana-mana Pertubuhan, Badan Atau Kumpulan Pelajar

kuasa Naib Canselor dik.... bukan kuasa BHEPP... jangan lah kita menyalahkan pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas perkara yang bukan menjadi tanggungjawabnya. so, nak masuk politik kampus? kalau baca AUKU seksyen 52(4) saja... lupakanlah... bercakap berkobar2 pun xada gunanya...

Assalamualaikum... salam ASPIRASI... ASPIRASI mekar di bumi Minden...

Tahniah "ProM"

Assalamualaikum dan salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....
boring2 aku bukak la ProM... aku pun terbaca la artikelnya... aku nak ucapkan tahniah buat bdk2 yg mengaku diri sebagai proM... huhuhuhuhu.... mendalam sungguh pengetahuan mereka sehingga MPP ProM mengeluarkan kenyataan dan perasaan kecewa kerana BHEPP tidak membubarkan lagi MPP USM... kehkehkeh... tahniah la... dari mana datangnya tanggungjawab BHEPP USM pulak untuk membubarkan MPP? apa kuasa BHEPP USM nak bubar MPP... adik oi... jadi MPP kena ada pengetahuan basic pilihanraya dik oi... hanya NC yang layak untuk membubarkan MPP...
yang lebih menyedihkan... xsabar2 pulak nak melepaskan jawatan w/pun aku xnampak apa kerja dia kat MPP... dulu masa buat manifesto... mcm2... nak menang punya pasal.... hehehehe... anyway.... maaf dipinta andai kata ada yang terasa... terasa kerana xbuat kerja ke... aku xtau la... gud luck buat pejuang ASPIRASI.... kita berjuang habis2an.... mari kawan... mari teman.... ASPIRASI mekar di bumi Minden.... salam ASPIRASI... Assalamualaiku....

Sunday, October 12, 2008

Teruskan Perjuangan ASPIRASI....

Assalamualaikum.... salam APEX.... salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu....
perjuangan sebenar bakal bermula kembali... perjuangan aspirasi mahasiswa untuk bersama2 universiti, mendokong misi dan visi universiti bermula lagi.... tujuan dan matlamat amat bermakna kali ini untuk mengekalkan kepimpinan ASPIRASI, terus menerajui kepimpinan masyarakat kampus....
kepada pendokong dan sahabat2 ASPIRASI di semua IPTA... selamat berjuang... sesungguhnya... kita di pihak yang benar, kita akan terus menyokong universiti dalam memurnikan misi dan visi universiti...
buat sahabat2 semua... saya sekali lagi ingin mengingatkan semula sahabat dan adik2... ASPIRASI dalam kamus dewan edisi ke-3 muka surat 69 bermaksud keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu, cita2. dalam konteks ASPIRASI di kampus, ASPIRASI adalah satu semangat masyarakat kampus dalam merealisasikan cita2 universiti.... dalam kata lain, ASPIRASI adalah satu semangat mahasiswa cinta dan sayangkan universiti. semangat ini adalah semangat untuk menyokong universiti yang dicintai...
EVOLUSI MEMPERKASA PERJUANGAN
-NACA-
pendokong ASPIRASI universiti

Monday, October 6, 2008

selamat kembali ke kampus...

salam.... salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu.... selamat kembali ke kampus... esk ader clas... xleh nak citer byk2...