CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2009

ASPIRASI menerajui MPP USM!!!

Assalamualaikum....
salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....
Tahniah buat semua calon ASPIRASI di atas kemenangan ASPIRASI di bumi Minden!!!! ASPIRASI menang bergaya 22 kerusi daripada 25 kerusi di kampus Induk, di kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, ASPIRASI mendapat mandat dan kepercayaan 100% daripada pengundi yg percaya dan yakin dengan perjuangan ASPIRASI USM iaitu sebanyak 7 kerusi di pihak ASPIRASI.... di kampus Kesihatan, ASPIRASI menang 2 daripada 5 kerusi yang menjadikan jumlah keseluruhan kemenangan ASPIRASI sebanyak 31 kerusi MPP USM. ini bermakna... masyarakat kampus percaya dan yakin bahawa MPP ASPIRASI mampu melunaskan tanggungjawab sebagai wakil pelajar... bukan hanya omong2 kosong sahaja.... seperimana yg diperjuangkan PRO-M....
kali ini menyaksikan kerusi yg 'panas' iaitu 3 kerusi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan(PPIP) yg terpaksa di ulang kiraan undi sebanyak 4 kali... akan tetapi rezeki berpihak kepada ASPIRASI yg menang 2 daripada jumlah 3 kerusi yg dipertandingkan.... huhuhuhu.... sedih gak aku mengenangkan seorg calon PRO-M yg melaungkan 'hancur ASPIRASI' akhirnya KALAH di pusat pengajian aku!!!!! kahkahkahkah.... oppss.... over pulak sedihnya... almaklumla... ada yg berjanji untuk membuat bangunan baru kat PPIP....
5 kerusi pusat pengajian yg lain yg dipertandingkan ialah pusat pengajian sains kaji hayat, komunikasi, sains komputer dan teknologi industri menyaksikan calon ASPIRASI MENANG dengan selesa.... tahniah buat semua calon sekali lagi.... memang hangat.... hehehe... now, aku boleh tidur dgn nyenyaknya.... ASPIRASI menang sudah.... PRO-M yg hancur.... sedap2 duk laung ASPIRASI hancur na???? amik hang!!!!
kepada adik2 yg bakal menerajui MPP nnti, jadilah YB yang bekerja... jgn jadi mcm MPP PRO-M yg xbuat kerja sidang lepas... kotakan segala manifesto anda kepada masyarakat kampus... kerana, tanpa mereka, siapalah anda.... teguhkan semangat ASPIRASI dlm diri anda dan ingatlah mereka2 yg bersama berjuang untuk meletakkan anda semua di kedudukan sekarang... hargailah jasa mereka, penat lelah mereka dan jangan sesekali jadi seperti 'kacang lupakan kulit'... jangan sesekali berkata bahawa mereka ini tidak membawa apa2 makna buat anda... kerana perjuangan kita semua belum selesai.... jadikanlah saat2 anda dlm MPP sebagai satu moment yg terindah dlm hidup anda kerana apabila anda berda di tempat saya sekarang,,,, hanya memori itu yg mampu membuat anda tersenyum bangga menjadi sebahagian daripada warga ASPIRASI universiti.... pendokong ASPIRASI universiti.....
kepada PRO-M, kami di barisan ASPIRASI USM tidak pernah mengikut jejak langkah anda dlm berdemonstrasi secara HARAM.... kami melakukan perhimpunan secara sah di sisi undang2 usm kerana telah mendapat kelulusan daripada VC untuk membuat perhimpunan membantah kekejaman Israel terhadap Pelestin.... jgn sesekali menyamakan perhimpunan dan niat baik kami seperti perhimpuanan haram anda semua....
saya ASPIRASI, dia ASPIRASI, KITA ASPIRASI!!!!
Takkan ASPIRASI hilang di bumi bertuah Minden.....
salam perjuangan...

Thursday, January 15, 2009

Kem ASPIRASI unggul di UTM

Kem pro-Aspirasi unggul di UTM

JOHOR BAHRU - Kem pro-Aspirasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus utuh apabila memenangi 35 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya kampus sesi 2008/2009 setelah keputusannya diumumkan semalam.
Barisan pro-Mahasiswa memenangi 11 kerusi di peringkat umum iaitu masing-masing lapan di kampus Skudai dan tiga di kampus Antarabangsa Kuala Lumpur.
Barisan promahasiswa pula memperoleh empat kerusi iaitu masing-masing dua di kampus Skudai dan Kuala Lumpur.
Di peringkat fakulti, pro-aspirasi terus unggul dengan memenangi 29 kerusi berbanding barisan pro-Mahasiswa cuma enam kerusi.
Pengumuman keputusan itu dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UTM, Prof. Datuk Dr. Alias Mohd. Noor. Turut hadir, Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang.
Zaini dalam sidang medianya memberitahu bahawa pilihan raya kali ini merekodkan bilangan pelajar paling ramai keluar membuang undi iaitu 90.7 peratus atau 16,392 orang.
Menurut beliau, pilihan raya kali ini turut mencipta sejarah apabila tiada sebarang insiden termasuk kejadian mengoyak poster berlaku
berita kosmo

Wednesday, January 14, 2009

"keBODOHan" Terlampau PRO-M!!!

Assalamualaikum....
Salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu....
semalam rapat umum pertama telah berjalan seperti biasa.... cuma tahun ini tidak sehangat tahun2 yg lalu... aku pun kurang pasti mengapa, mungkin kerana sudah kekurangan calon yg berani untuk bertanding, mungkin kurang yakin kerana memikirkan perjuangan ASPIRASI yg tidak pernah surut sejak 5 tahun ASPIRASI menakluk bumi Minden ini..... aku melihat... perkara ini lebih kepada kekurangan calon yg mampu melawan calon2 ASPIRASI yg sudah menang tanpa bertanding........ tahniah buat mereka yg kini bergelar YB (yg Bekerja).... hehehehehe.....
sekurang2nya calon ASPIRASI mampu tersenyum puas semalam kerana tidak seorang pun calon ASPIRASI yg menangis kerana tidak yakin dengan perjuangan yg mereka perjuangkan!!! hahahaha..... tp kesian juga tengok budak MENTAH itu semalam.... mungkin ini menjadi bahan untuk mereka perjuangkan... kesian2....
rapat umum seperti biasa menyaksilkan pihak lawan mula memperkecil2kan n mempersenda MPP ASPIRASI..... pada mulanya penyokong ASPIRASI ok jer... tp bermula apabila MPP ASPIRASI dicerca... penyokong bertindak mem'provokasi' pihak lawan sehingga ada yg menangis ketakutan pula.... itulah, bila perjuangan dipermain2kan.... menangis sahaja yg mampu.... kesian sekali lagi....
kepada saudara adi syahid yg saya anggap 'BODOH terlampau' ini telah menyerlahkan sikap mentahnya apabila cuba bermain isu, menabur janji untuk mahasiswa boleh masuk senat.... wei bdk mentah.... saudara tidak tahu mungkin sudah berapa kali YDP MPP masuk senat apabila kita diumumkan uni APEX???? seingat saya... semasa sy dlm MPP dulu pun,,, kami ada Majlis Perundinngan Pelajar-pelajar Kebangsaan (MPPK) pada setiap sidang yang dipengerusikan sendiri oleh YAB TPM kita, malah turut bersama beberapa orang ahli kabinet, turun mendengar sendiri apa yg diperjuangkan oleh mahasiswa sakalian. ini dikira sebagai apa wahai saudara adi syahid?????? kamu xtahu kerana kamu bukan dari kalangan yg bekerja... kamu dari kalangan yg hanya tahu mencerca..... ada paham????? ha, semasa MPPK inilah, YDP semua universiti akan membentangkan kertas kerja. antara yg di perjuangkan semasa tahun 2007/2008.... iaitu semasa sy dlm MPP, ialah..... penurunan kadar PTPTN dari 4% ke 3%.... malah kini diturunkan lagi menjadi 1% sahaja..... perjuangan MPP ASPIRASI!!! memperjuangan elaun bulanan RM300 kepada OKU.... merundingkan diskaun 50% tiket penerbangan pelajar sabah n sarawak..... hasil perjuangan MPP ASPIRASI.... dalam kampus pula... cakap pasal bus stand... wahai PRO-M.... tahu kah kamu bahawa pihak universiti masih lagi men'subsidi' untuk menampung kos perbelanjaan sewa bas???? cukupkah duit tersebut nak buat bus stand jika kos sewa bas pun masih disubsidi oleh pihak universiti.... wahai adi syahid.... kamu tanyalah semua universiti di Malaysia.... berapa tambang bas mereke???? kamu tahu???? USM antara universiti yg pelajarnya perlu membayar tambang bas yg paling murah????? mesti kamu xtahu!!!! sebab kamu hanya tahu mencari salah org lain.... kamu xtahu sejauh mana perjuangan MPP ASPIRASI.... kamu hanya tahu perjuangan PRO-M sahaja.... tahun lepas... ada 5 kerusi dimenangi oleh PRO-M.... tp apakah sumbangan mereka ini??????? datang meeting pun tidak... inikan pula mahu perjuangan apa yg dijanji kepada pengundi... masyarakat kampus.... kamu ckp soal Islam.... tidakkah kamu tahu apa hukumnya jika 5 org PRO-M ini tidak menunaikan janji semasa meraih undi???? tahu ckp pasal Islam sahaja kamu wahai PRO-M.... sedih saya tau....
untuk malam ini.... kita tengok masihkan PRO-M menunjukkan 'keBODOHan' terlampau mereka ini..... hehehehe..... maaf yer kalau terkasar bahasa......

Sunday, January 11, 2009

DESPRETO.......

Assalamualaikum............ salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu.........
wah2.. kawan nak tau satu cerita menarik yg berlaku semalam x??? mai3...... semalam aku n my roomate merangkap housemate aku g pasar malam SG 2.... kami p bkn pe.... lama xp p.mlm sg. 2.... asyik p p.mlm sg. kob jerk..... hehehehehehehe....
hah.... round2 punya round area pasar mlm 2.... kami pun merasakan diri dah nak balik kampus semula la.... nak tau kami jumpa apa??? sebilangan mahasiswa yg mendakwa diri sebagai PRO-M bertindak BODOH apabila mereka membawa sepanduk 'UNDILAH CALON PRO-M'.... aku pun heran... penamaan calon pun blm lg... awal2 dah nak berkempen???? xpaham aku.... nih... PRO-M, aku nak wat report kat urusetia pemilihan MPP nnti... maaf la erk.... kuikuikuikuikui.....
erm... kot yer pun xcited sangat nak berkempen.... tunggu la penamaan calon dulu... inikah yg mahasiswa perlukan??? peraturan untuk pemiliham MPP pun dilanggar.... ada hati perut lagi nak jd wakil pelajar???? silap besar kalau mahasiswa universiti APEX ini memilih ANDA sebagai wakil pelajar... blm bertanding lg sudah tunjuk belang yg mereka ini TIDAK LAYAK untuk menjadi wakil mahasiswa APEX universiti yg kita semua sedia maklum... USM amat memerlukan wakil pelajar yang selari aspirasinya dengan pihak universiti... baru lah ASPIRASI universiti, ASPIRASI negara n ASPIRASI universal dapat dicapai..... hah... pelajar yg mendakwa diri PRO-M bolehlah mula berjinak2 untuk membaca misi n visi USM yer....
malah aku berkesempatan berjumpa dgn kawan2 yg berada di pasar mlm semalam.... mereka menyatakan diri meluat melihat segelintir pelajar ini berkeliaran membawa sepanduk di pasar mlm.... mereka juga sedih kerana PRO-M tidak memetuhi peraturan pemilihan MPP.... ada juga member aku yg tinggal di U High kat sg. 2, katanya ada pelajar yg dtg ketuk pintu rumah diaorg yg kata "kami PRO-M"..... datang nak memperkenalkan diri sebagai calon yg akan bertanding pada 15 Hb januari.... member aku punya la marah.... dia kata..."mangkuk hayun!!!! kacau aku nak tidur.... datang lewat mlm, kacau privacy org lain..." member aku yg kata yerk... bkn aku... pas2 aku ckp ngan member aku.... lain kali hang ckp la... "saya ASPIRASI universiti".... tengok... bdk 2 nak kata apa... hehehehhehee.....
erm.... disini jelas n terang lg bersuluh.... hanya hak mahasiswa mentafsirkan mana yg patut dijadikan sebagai wakil suara para pelajar.... dikesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah buat sekreteriat sukarelawan USM yg menganjurkan perhimpunan mahasiswa membantah serangan ke atas warga Palestin.... ramai mahasiswa USM yg prihatin turut bersama dlm perhimpunan tersebut.... perhimpunan yg SAH disini undang2 USM.... cz ader segelintir mahasiswa yg suka buat perhimpunan TISAK SAH di sisi undang2 USM.... terima kasih masyarakat USM yg prihatin, turut menghulurkan derma buat masyarakat Palestin...
tidak lupa... tahiniah diucapkan kepada RAKAN MUDA usm... yg menganjurkan karnival yg cukup meriah di padang kawad PALAPES.... hehehehhee.... teringat pulak seorang peniaga di p.mlm semalam tanya aku, kat USM ader pe skrg? aku kata ader karnival.... pas2 pak cik 2 kata... patut la mlm ni xramai org..... erm maksudnya, RAKAN MUDA berjaya menyeru masyarakat kampus ke karnival mereka la... tahniah sekali lg....
Assalamualaikum....
takkan ASPIRASI hilang di bumi bertuah USM!!!

Wednesday, January 7, 2009

Assalamualaikum.....

Assalamualaikum..... salam ASPIRASI.....
lamanyer xmenulis nie...... cbuk cikit..... kat sekolah nie.... huhuhuhuhuhu..... class petang kena ajar.... keh3... tp xleh nak upload n kongsi gambar lg ngan sume org cz aku blm transfer lg... jeng3x.... tp sekolah nie menarik.... mcm2 ader.... yg penting... ader wireless.... hehehehe... leh la waktu free, duduk online... kalau masa mengizinkan utk aku berbuat demikian la... almaklum la tugas as a pendidik ni... bkn mengejar jer... sukan sekolah la... apa la... tp yg penting aku akan ke USM minggu depan!!!!! yahooooooooooooooooooooooooooo...........
nak tau cerita sekolah ni???? mai3x.... ader sorang budak sekolah nie.... semalam... datang dgn muka kesian minta duit... xbanyak pun... RM1 jer... katanyer nak buat tambang bas nak balik ke rumah.... aku n member yg 3 org lg... lagak seperti FBI menyoal bdk 2 mcm2 la... katanya dia bdk kelas 1A2.... tingkatan 1 la kiranyer nie.....cz cam meragukan jerk.... aku pun hulur la rm1 kat dia... kang takut lak kan, xbalik rumah pulak... xader duit tambang... kesian jugak....
keesokan harinya.... o7/o1/09..... bdk yg sama dtg n minta rm1 ngan member aku... masa 2 aku otw ke bilik guru la.. dari kelas.... hari ni katanya xader duit nak mkn pulak.... ai.... bdk ni lain mcm jerk.... semalam tanyer nama dia kata nama nie X.. arini katanyer XX.... ai bdk ni biar btl.... kami pun bawa dia jumpa cikgu veteran kat sekolah nie.... baru la kami tau bdk 2 rupanyer ader kes... dia mmg selalu minta duit n tipu org.... kahkahkahkah.... kami pun tergelak la.... kami telah ditipu oleh bdk nie..... huhuuhuhuhuh.......... nie blm start latihan mengajar lg..... baru buat ROS... kami dah menerima dugaan ader wujudnyer pelajar sekolah yg sedemikian rupa.... menakutkan!!!!! erm... nnti aku boleh sambung lg nnti yerk.... nak siap2 balik pulak nie.... Assalamualaikum..... salam ASPIRASI...... ASPIRASI tetap dihati!!!!!!
meskipun dekat jerk kat kulim nie.... aku rindu sgt nak dengar SALAM ASPIRASI UNTUK MAHASISWA BERSATU!!!!
ayuh mahasiswa USM..... bersatu atas nama ASPIRASI UNIVERSITI!!!!