CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 29, 2008

lestarikah kita???

Assalamualaikum....
hari ini mari kita berkongsi pandangan dan pendapat.... adakah kita sebagai seorang pelajar USM yang mengamalkan konsep lestari???? seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pelajar2 USM yang selalu bercakap soal lestari... maklumla... USM merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang telah mula mengaplikasikan konsep lestari... contoh paling mudah sekarang ialah kempen say 'NO' to plastik... bangga nyer.... aku pernah berborak dgn pelajar aliran sains di USM, katanya, sebagai pelajar USM tidak kira kita di aliran sastera mahupun aliran sains, semestinya faham dengan konsep kelestarian alam... terutamanya pelajar aliran sains yang sepatutnya tahu effect plastik kepada alam sekitar... demikianlah kata-kata pelajar tersebut yang juga merupakan adik, junior dan sahabat aku....
hari ini... sekali lagi aku bangga dengan USM, kempen merdeka walk yang diadakan di padang kawad, PALAPES, USM. semua orang berbasikal pada petang ini... tapi maaf, aku tidak turun ke untuk support tadi disebabkan hal yang tidak dapt dielakkn(personal)....
pada sebelah malam tadi, aku bersama roomate kesayangan aku, mcm biasa kuar mkn di nur mutiara... jalan yang kami lalui seperti biasa, padang kawad USM... tapi.... sedihnya aku rasa... sampah sarap bersepah2 kat atas padang kawad... botol2 minuman.... plastik.... inikah yang dikatakan lestari di USM.... siapa yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang sampah2 tersebut di atas padang kawad yang bersih itu? rakan2 ... sahabat2 yang dikasihi... marilah kita renungi bersama.... InsyaAllah....

Monday, August 25, 2008

doakan kesejahteraan seorang teman baik kita...

salam buat semua...
salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu...

buat semua sahabat yang mengenali saudara Mohd Fadli Che harun ataupun lebih dikenali sebagai PAK DO... marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan beliau yang sedang dalam bilik pembedahan sekarang ini... semoga pembedahan tersebut berjalan dengan lancar hendaknya..

buat my lovely pren... Pak Do, kami sahabat di usm sentiasa mendoakan yang terbaik buat pak do, kami semua rindukan gelak tawa dan usikan pak do... Pak do, cepat sembuh.... insyaAllah...dgn izin Allah, pembedahan berjalan dgn lancar...

BAS PAKAI MINYAK MASAK??????

Oleh AZELI ALImohdazeli.ali@kosmo.com.myGEORGE TOWN - Kenderaaan yang digerakkan oleh minyak masak terpakai?Ini bukan dongengan, tetapi bakal menjadi realiti ekoran usaha yang sedang dilaksanakan oleh saintis Universiti Sains Malaysia (USM).Jadi, jika ada minyak masak terpakai di rumah, jangan dibuang, sebaliknya ia boleh disimpan untuk dimanfaatkan sebagai bahan api.Universiti itu kini sedang membangunkan apa yang dipanggil bas mesra alam yang digerakkan menggunakan minyak masak terpakai.Bas yang dinamakan Solar 2U itu yang dibangunkan Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Cetree), USM turut menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaganya.Menurut Penyelidik Cetree, Prof. Madya Faridah Ibrahim, bas itu direka khas sebagai kenderaan promosi untuk memperkenalkan konsep kecekapan tenaga melalui tenaga solar di sekolah-sekolah, kilang serta kompleks beli-belah."Minyak masak yang digunakan adalah minyak sawit tulen yang dibekalkan Sime Darby sebagai bahan api dan bukannya biodiesel seperti yang ada pada kenderaan lain."Panel solar yang ada pada bas ini pula berupaya membekalkan tenaga sehingga 2 kilowatt yang mencukupi untuk kegunaan barangan asas di sebuah rumah pangsa seperti ketuhar mikro, pembuat kopi, pembakar roti serta sebuah pemanas air," katanya ketika mengiringi Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak melawat bas itu semalam.(Kosmo, 20 Ogos 2008, ms 11, Negara)

bas oh bas...

Alhamdulillah...
akhirnya, sampai jugak aku kat penang... syukur... 8jam perjalanan dari kuala lumpur... xpenah dibuat org, dari kl ke penang 8jam... hanya bas konsortium sahaja... transnasional pun 4jam jer... ini adalah pengajaran buat aku... lain kali beli tiket awal2... hehehehe...

minggu depan, insyaAllah aku nak beli tiket trans jer tuk balik berhari raya... serik aku dibuat konsortium nie... sebut tiket balik raya nie... aku nak ambik kesempatan nak ucapkan tahniah buat anak-anak negeri yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan bas balik kg beramai-ramai... mudah-mudahan perjalanan kita semua selamat pergi dan pulang semula ke usm untuk meneruskan perjungan kita sebagai mahasiswa usm... InsyaAllah...

buat sahabat yang balik berhari raya dgn menaiki kenderaan sendiri... rancanglah perjalanan anda semua dgn teliti...

perginya seorang teman....

terkejut....
bila pertama kali mendapat sms yang menyatakan seorang warga usm, lemas di teluk bahang... tetapi masih belum dapat ditemui...

terkedu....
bila mendapat tahu warga usm yang dimaksudkan adalah seorang teman yang dikenali... xtahu nak kata apa... ya Allah.. hanya Engkau yang tahu bertapa sedihnya hati ini bila dengar berita tersebut.. hanya doa mengiringi agar jasad Allahyarhamah cepat ditemui... ya Allah...

teringat saat-saat bersama Allahyarhamah ketika hayat beliau bergelar rakan sepasukan dalam KLKMUSM... sesungguhnya, ajal dan maut ditangan Allah... semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. amin..
Al-Fatihah...

Sunday, August 17, 2008

tahniah buat kawan2....

konvo tahun nie aku sedih sgt sebab xdapat nak raikan kawan2 yang bergraduasi... sedihnyer.... aku kena g camp... anyway, to all of my friends... happy selalu, sesungguhnya doaku sentiasa mengiringi kawan2 supaya cepat dapat kerja... InsyAllah... mudah2an la yerk.... happy sgt, balik dari camping ptg td, tengok kawan2 bergambar sakan..

tapi, aku sedih gak la... ader lecture yang menamakan minggu graduasi ni sebagai pasar malam.. tapi bunyinyer cam xsdap jer di telinga ku.... erm... lain orang, len la pendapatnyer kan.. tapi tidak kurang jugak dengan harga barang yang runtuh giler malam ni(17/08/08).... buat kawan yang tidak sempat aku berikan bunga konvo, maaf la yerk..

Saturday, August 9, 2008

camping time...


tak sabar nak g camping hujung minggu nie... semoga aspirasi kumpulan kami tercapai semasa menjalankan tanggungjawab di kem palas, Titi hayun,Yan Kedah... gud luck to all of us!!! Perkhemahan Lestari, Guru Bestari....


tempat yang kami tuju ini merupakan kawasan penranginan yang glamour di Yan Kedah... best giler tempat 2... kepada bakal guru yang akan ber'campnig'.... semoga khemah kita menyeronokkan-Dr ATO....

sibuk....

sibuknyer.... hhuhuhhuhu.... banyak kerja kena settle by this week... InsyaAllah akan cuba diselesaikan,,,,