CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 18, 2008

wanita dan kawalan membuang air besar...

LAZIMNYA wanita merasakan tidak selesa untuk berbincang mengenai permasalahan pengawalan pembuangan air besar.Janganlah malu dan segan untuk berbincang mengenai aspek kesihatan ini kerana kelewatan mungkin menyebabkan sistem pencernaan usus terbantut dan ini akan lebih memalukan apabila puan berada di khalayak ramai.Ketidakupayaan pengawalan usus ini dipanggil peninjaan tidak terkawal. Akibatnya, berlaku kebocoran tinja cecair ataupun yang kental berserta gas yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.* Pengawalan membuang air besarFungsi pembuangan air besar memerlukan otot-otot dan saraf yang sihat di dubur dan pinggul kerana kepincangan pada saraf atau otot akan menyebabkan inkontinens tinja (hilang kawalan) serta peninjaan yang tidak terkawal.Walaupun permasalahan ini boleh berlaku pada bila-bila masa dalam hayat seseorang tetapi wanita lebih kerap menghadapinya berbanding dengan lelaki, terutamanya mereka yang berumur dan juga wanita yang baru bersalin.* Penyebab lazimProses bersalin boleh membawa permasalahan pada proses peninjaan akibat daripada laluan bayi melalui faraj boleh menyebabkan saraf-saraf dan juga otot-otot berhampiran rektum menegang, koyak dan juga tercedera.Ada ibu-ibu yang hilang seketika keupayaan peninjaan selepas bersalin tetapi kembali pulih setelah beberapa hari. Ada juga yang keupayaan peninjaan tidak kembali seperti dahulu.Usia yang meningkat juga menyebabkan otot-otot pencerut dubur menjadi lemah. Kerana itulah masalah yang timbul semasa peringkat awal perlu diberi perhatian.Rungutan lazimSimptom biasa yang dialami pesakit termasuk kebocoran tinja, kebocoran gas usus dan juga cecair melalui dubur.Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami rungutan berikut:1. Perlu bersegera tanpa berlengah (tidak dapat menahan) untuk membuang air besar.2. Tanda-tanda tinja pada seluar dalam dan juga pada pelapik seluar dalam yang dipakai.3. Cirit birit berpanjangan4. Sembelit berpanjangan.Sebelum puan berjumpa dengan doktor, lebih baik membuat diari aktiviti peninjaan supaya senang doktor memahami permasalahan yang dihadapi.Dinasihatkan juga supaya aktiviti pembuangan air kecil juga direkodkan kerana peninjaan tidak terkawal juga dikaitkan dengan masalah pembuangan air kecil. Perhatikan juga makanan serta minuman yang diambil.* DiagnosisBersedialah untuk berkongsi sejarah kesihatan dengan doktor puan. Ceritakan permasalahan dengan sebaik mungkin dan jangan malu atau segan.Pastikan juga puan memberitahu apa-apa ubat yang diambil sama ada moden ataupun tradisional.Doktor mungkin akan memeriksa puan secara fizikal, mencari tanda-tanda pasti kehilangan keupayaan peninjaan.* RawatanRawatan bergantung kepada punca kegawatan yang puan alami. Perubahan gaya hidup dan juga pemakanan yang sesuai mungkin dinasihatkan. Senaman khas mungkin diajar untuk menguatkan otot-otot pencerut dubur.Ubat-ubatan mungkin diberikan sekiranya penyebabnya berpunca daripada penyakit lain yang dialami. Pembedahan dinasihatkan hanya sekiranya diperlukan.(Mingguan, 14 September 2008, ms 8&9, Kesihatan)

0 comments: