CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 14, 2008

tahniah MPPUSM!!!!!

tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MPP USM yang menganjurkan majlis berbuka puasa di dewan banquet td.... anjuran tersebut menemukan semula semua barisan kepimpinan persatuan dan juga anak negeri..... makanan pun best.... my favourite food ader disediakan... kehkehkeh... makan dengan kenyangnye td.. selepas berbuka puasa kami solat maghrib berjemaah dan juga mengerjakan solat sunat tarawih... keakraban antara satu sama lain menjadi semakin utuh!!! tahniah sekali lagi MPP USM... berjaya mengumpulkan pendokong ASPIRASI universiti dalam satu dewan yang sejuk itu...




selepas solat sunat tarawih tadi sedikit tazkirah diberikan oleh saudara imam. kata beliau, "sampaikanlah berita buat rakan2 yang lain bahawa pahala solat berjemaah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini adalah berganda... jadi banyakkanlah solat secara berjemaah ya kawan2 sakalian. nasihat ini juga ditujukan buat diriku ini... sambung2... kata saudara imam lagi... perlu kita memperbanyakkan bacaan ayat suci al-Quran di bulan yang mulia ini... kerana malaikat Jibrail sering kali mendengar bacaan al-Quran umat Islam di bulan ini... InsyaAllah... aku harap juga,,, diri ini dapat menghabiskan surah2 dalam al-Quran sepanjang Ramadhan... nikmatnya membaca al-Quran bagi aku... aku lupa segala masalah... btl kawan2... aku ni selalu kena penyakit pening kepala... kata Dr. aku ada tekanan darah rendah... so, time pening kepala... aku baca al-Quran... tenang sahaja... pening kepala pun hilang... cubalah kawan2 ku sakalian... tapi jgn la time pening kepala jer yer... baru nak ingat baca al-Quran... setiap hari.. baca lah... ketenangan kita di situ letaknya...

0 comments: