CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 24, 2008

LESTARI KER?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
apa yang kita faham dgn maksud lestari yang ditekankan oleh USM? sebagai mahasiswa mahasiswi USM yang disayangi ini, seharusnya kita memahami tuntutan USM agar para pelajar mangamalkan konsep lestari dalam kehidupan.

Pengertian pembangunan lestari atau mampan yang telah diterima pakai merangkumi aspek persekitaran (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity). Penekanan pembangunan lestari adalah kepada penggunaan sumber yang ada dengan bijak khususnya dalam konteks perancangan, komitmen dan penglibatan pihak pengurusan serta pihak lain yang berkaitan atau berkepentingan. Konsep kelestarian ini mengingatkan bahawa pelbagai elemen untuk pembangunan sama ada bandar, ekonomi, budaya dan sebagainya yang menjamin kesejahteraan semasa harus berterusan tanpa mengabaikan kesejahteraan generasi masa depan walaupun tuntutan dan kerenah pembangunan menjadi semakin dinamik dan luwes.
kamus dewan edisi ke-3 mendefinisikan lestari sebagai sesuatu yang tidak berubah-ubah, kekal, tetap(mampan). sebagai mahasiswa USM, seharusnya kita bangga kerana USM antara kampus yang terawal mengaplikasikan konsep lestari di dalam kampus. sebagai contoh, tidak membenarkan penggunaan polisterina(polistrin) dan plastik. sebagai pelajar USM, seharusnya kita faham berkenaan dengan 'effect' penggunaan plastik terhadap alam sekitar. malah, dari sekolah rendah lagi kita telah pun didedahkan dengan fakta ini, plastik memakan masa beribu tahun untuk lupus...
sebagai pelajar USM, kita haruslah menyokong dan menyahut seruan pihak USM dalam mengaplikasikan konsep lestari menjadi satu realiti. malah konsep lestari ini boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita sebagai khalifah Allah yang juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar. jadilah mahasiswa lestari yang bakal dilahirkan oleh USM..
bersatu, seiring, selamanya....
USM dihatiku:)
ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu... InsyaAllah

0 comments: