CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 8, 2008

USM MENCETUS KEUSAHAWANAN PELAJAR

Hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Sembilan daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan”. Hadis ini menunjukkan bahawa bidang keusahawanan dan perniagaan sememangnya merupakan pintu rezeki yang utama.
Keusahawanan dan perniagaan dalam Islam mengambil kira tujuan hidup seorang Muslim iaitu berusaha ke arah mendapat keredaan Allah melalui kegiatan perniagaan yang berpandukan kepada syariah dan etika perniagaan yang digariskan.
Seseorang usahawan Muslim itu tidak hanya bermatlamat untuk mendapat keuntungan semata-mata. Sebaliknya, perusahaan atau perniagaannya itu merupakan alat baginya ke arah menambah amal kebaikannya secara individu, membawa kesejahteraan kepada umat secara keseluruhannya, serta menjadi medium usaha dakwah melalui muamalah seharian yang dijalankan.
Keusahawanan dalam bidang khusus membantu memenuhi tuntutan fardu kifayah di kalangan masyarakat, contohnya mereka yang mengusahakan ladang penternakan dapat memenuhi keperluan sumber makanan masyarakat setempat.
Keusahawanan dalam industri asas tani serta pemprosesan makanan halal juga menjadi semakin penting dalam usaha negara mendepani krisis bekalan makanan global yang kian meruncing.
USM telah mengorak langkah yang bijak dengan menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang keusahawanan ini. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti yang bertujuan membuka minda para pelajar untuk menjadi usahawan yang berjaya. Sebagai contoh setiap tahun pihak HEP USM akan menganjurkan program usahawan yang memberi pendedahan di peringkat awal serta asas untuk bergelar usahawan yang berjaya. Jadi sebagai mahasiswa mahasiswi USM kita seharusnya merasa bangga. Kepada mahasiswa dan juga mahasiswi yang berminat untuk menyertai program keusahawanan ini bolehlah berbuat demikian di HEPP USM…. Lagi satu ialah pasar pelajar… makanan kat ASPIRASI corner best2 sume.. hehehhe… sempat lagi aku promote… sila2…
Bersatu Seiring Selamanya…
Mahasiswa Bersatu Menjana Aspirasi Universiti

0 comments: