CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Berhari Raya Semua...

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN….
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…
Salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu… musim raya kini kembali, so ramai mahasiswa mahasiswi yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang bakal pulang menaiki kenderaan awam dan tidak lupa yang akan menaiki kenderaan sendiri untuk pulang ke menyambut hari raya nnti bersama keluarga tersayang… InsyaAllah… dalam pada kita gembira untuk pulang ke kampung halaman nanti, haruslah kita ingat untuk menjaga keselamatan kita sepanjang perjalanan. Buat sahabat yang akan menaiki kenderaan sendiri untuk pulang ke kampung, pastikan semua langkah-langkah keselamatan untuk kenderaan anda dan juga keselamatan diri perlu disiapkan sebelum kita memulakan perjalanan kita… selain langkah-langkah keselamatan kenderaan dan diri, ingatkan lah untuk sentiasa berdoa kepada yang Maha Kuasa, agar perjalanan kita selamat pergi dan pulang ke kampus semula.
Ketika menaiki kenderaan hendaklah dibiasakan membaca doa berikut iaitu:
Tafsirnya: “Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali.”(Surah az-Zukhruf: 13-14)
Semoga perjalanan kita ke kampung halaman mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.. sama-sama kita berdoa ya… sebelum itu, hargailah malam-malam akhir Ramadhan yang penuh keberkatan ni… hanya sekali dalam setahun.. dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua, maaf zahir dan batin…

Salam Aspirasi buat semua,
-NACA-

“PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT”

0 comments: