CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 12, 2008

Artikel yang dipilih dipetik dari majalah Dewan Ekonomi keluaran julai 2007. Artikel ini berjudul ‘Sepuluh Tahun Kejayaan Pascakegawatan 1997’ yang ditulis oleh Md. Shukri Shuib yang merupakan rencana utama edisi Dewan Ekonomi Julai 2007.
Artikel ini menjelaskan secara terperinci berkaitan dengan peristiwa kegawatan ekonomi yang bukan sahaja melanda Negara Malaysia, malah seluruh dunia pada julai 1997. Peristiwa ini yang berlaku semasa Malaysia berada di bawah kepimpinan Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kejatuhan nalai mata wang yang berlaku secara drastik ini telah dikatakan menyerang Negara-negara di Asia Timur. Namun demikian, dibawah kepimpinan Perdana Menteri kita pada ketika itu, melalui pendekatan yang diambil oleh Negara Malaysia, kini setelah sepuluh tahun peristiwa tersebut berlaku, Malaysia masih lagi mampu melakar pelbagai nama di persada dunia termasuklah dalam bidang ekonomi.
Pendekatan yang dilakukan oleh Y.A.B Tun Dr. Mahathir ataupun lebih dikenali sebagai pendekatan “penawaran kewangan” ala Mahathir telah menjadi bahan kajian Negara-negara luar sehingga kini. Hal ini diakibatkan oleh tindakan bijak yang dilakukan oleh beliau dengan tidak terpedaya dengan janji manis IMF untuk meminjamkan wang yang merupakan senjata untuk pihak luar mengaut keuntungan daripada pinjaman tersebut. Jika dibandingkan dengan Negara-negara yang telah mengambil pinjaman daripada pihak IMF sepuluh tahun yang lalu, Malaysia berada jauh lebih maju dari segi ekonomi, kadar pertukaran matawang asing yang tinggi dan juga nilai matawang yang kukuh.
Di dalam artikel ini juga turut dinyatakan tindakan-tindakan yang diambil oleh Negara Malaysia semasa berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1997. Antaranya ialah penubuhan sebuah majlis eksklusif yang dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi semasa iaitu Majlis Tindakan Ekonomi Negara ataupun MTEN. Fungsi MTEN ialah menggubal dan melaksanakan rancangan bagi mengawal ekonomi daripada terus gawat. Pada era kegawatan ekonomi ini juga, yang merupakan permulaan kepada satu tradisi Negara dimana Perdana Menteri akan bertindak sebagai Menteri Kewangan bagi membolehkan kuasa penuh mampu dijana oleh Perdana Menteri yang pada ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir.
Tindakan yang diambil oleh barisan kepimpinan Negara pada masa itu telah mendapat pengiktirafan daripada beberapa pakar ekonomi terkemuka dunia. Antaranya ialah Prof. Joseph Stiglitz dan juga Prof. Steve Hanke. Prof. Joseph Stiglitz merupakan mantan Pengerusi Badan Penasihat Ekonomi kepada Presiden Bill Clinton dan juga merupakan bekas Ketua ahli Ekonomi di Bank Dunia manakala Prof. Steve hanke pula merupakan penasihat kanan bagi ekonomi di Rumah Putih(White House) semasa Presiden Ronald Reagen.
Kedua-dua tokoh ekonomi dunia ini berpendapat bahawa Malaysia mengambil langkah yang paling bijak dalam proses menghadapi krisis ekonomi pada ketika itu yang juga merupakan saru krisis yang telah dirancang oelh pihak Amerika sendiri yang bertujuan untuk menguasai ekonomi Negara-negara di Asia. Selain itu, kedua-dua tokoh ekonomi ini juga telah menempelak tindakan yang dilakukan oleh pihak barat ketika itu.
Artikel ini tujut menyebut berkenaan keadaan sebenar ekonomi di Malaysia sebelum, semasa dan juga selepas berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Semasa berlakunya kegawatan ekonomi ini, Tun Dr. Mahathir mengmbil tindakan untuk mengetepikan tawaran yang lumayan oleh IMF sebaliknya melancarkan Dasar Pandang ke Timur. Tun Dr. Mahathir mengggunakan Negara Jepun sebagai altenatif untuk mandapatkan bantuan dan sokongan. Melalui jaminan yang diberikan oleh Jepun yang mengiktirafkan semua bon yang dikeluarkan oleh Malaysia, Tun Dr. Mahathir bertegas untuk tidak terlibat dalam pinjaman IMF yang dianggap menindas Negara-negara di Asia pada ketika itu meskipun beliau mendapat tentangan dan juyga kritikan yang hebat daripada peminpin-pemimpin dunia.
Selepas peristiwa sepuluh tahun yang lalu, Malaysia kini dilihat sebagai sebuah Negara yang berjaya menghadapi saat-saat genting dalam ekonomi. Malah, pada tahun 2003, melalui pengumuman yang dilakukan oleh Bank Negara, Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) suku kedua tahu 2003 yang jelas menunjukkan kesan daripada tindakan sepuluh tahun yang lalu. Tahap kemiskinan di Malaysia juga berjaya dikurangkan ke tahap yang paling minimum kurang daripada 5 peratus.

0 comments: