CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 29, 2008

lestarikah kita???

Assalamualaikum....
hari ini mari kita berkongsi pandangan dan pendapat.... adakah kita sebagai seorang pelajar USM yang mengamalkan konsep lestari???? seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pelajar2 USM yang selalu bercakap soal lestari... maklumla... USM merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang telah mula mengaplikasikan konsep lestari... contoh paling mudah sekarang ialah kempen say 'NO' to plastik... bangga nyer.... aku pernah berborak dgn pelajar aliran sains di USM, katanya, sebagai pelajar USM tidak kira kita di aliran sastera mahupun aliran sains, semestinya faham dengan konsep kelestarian alam... terutamanya pelajar aliran sains yang sepatutnya tahu effect plastik kepada alam sekitar... demikianlah kata-kata pelajar tersebut yang juga merupakan adik, junior dan sahabat aku....
hari ini... sekali lagi aku bangga dengan USM, kempen merdeka walk yang diadakan di padang kawad, PALAPES, USM. semua orang berbasikal pada petang ini... tapi maaf, aku tidak turun ke untuk support tadi disebabkan hal yang tidak dapt dielakkn(personal)....
pada sebelah malam tadi, aku bersama roomate kesayangan aku, mcm biasa kuar mkn di nur mutiara... jalan yang kami lalui seperti biasa, padang kawad USM... tapi.... sedihnya aku rasa... sampah sarap bersepah2 kat atas padang kawad... botol2 minuman.... plastik.... inikah yang dikatakan lestari di USM.... siapa yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang sampah2 tersebut di atas padang kawad yang bersih itu? rakan2 ... sahabat2 yang dikasihi... marilah kita renungi bersama.... InsyaAllah....

0 comments: